Freitag, 27. März 2009

Spring is coming...

Sepatutnya musim bunga dah mula seminggu yg lepas...tapi mother nature ni unpredictable. Dua tiga hari lepas cuaca sejuk balik, suhu cuma sampai setakat 5°C. Tapi hari ni ada keluar matahari, walau pun dia masih main nyuruk-nyuruk..tak pe, dlm dua tiga hari lagi (awal minggu depan) suhu akan naik sampai ke 17°C..yuhuu..

Gambar-gambar ni baru di ambik pagi tadi, maso tu ado matoari kluar kojap.














Ini bunga Daffodil/Narcissus, org jerman panggil narzissen...bila pokok ni berbunga maknanya musim bunga dah sampai. Bila musim sejuk dtg pokok ni akan hapus dari pandangan..kat dlm tanah tu ada bawang nya. Tahun depan musim yg sama dia akan keluar dan berbunga balik...sonang, tak payah di jago, tak payah kono siram.. kat msia tak bolih hidup agaknya sebab bawang dia tu perlukan cuaca sampai tahap beku...















yang ini pulak pokok Jasmin....bau dia macam bunga melur..ehm baunya sedap sekali















ini putik bunga Magnolia..mungkin dlm seminggu dua lagi agak nya bunga ni akan mekar, nanti achik akan ambik gambar





























Kat teres tu masih penuh dgn pasu-pasu bunga yg kosong...bukan semuanya yg kosong, cuma ada pokok-pokok bunga tu yg belum keluar lagi. Minggu depan bila cuaca panas sikit kenalah bekerja dlm taman ni...kono monobeh sikit, kena bubuh bajo etc.. supaya bolih menikmati rupa taman yg indah macam tahun lepas...






macam ni lah rupa taman rumah dlm bulan mai 2008...sampai jumpa lagi

Keine Kommentare:

Kommentar veröffentlichen